Perjanjian Usaha Sama

Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem (Co-Production Treaty) antara Malaysia dan Australia merupakan suatu program yang memberi sokongan dan dorongan kepada produksi tempatan dan antarabangsa untuk menerbitkan sesebuah filem secara usaha sama. Objektif program adalah untuk pembangunan industri filem kedua-dua belah negara.

PERJANJIAN USAHA SAMA PENERBITAN FILEM

Amat bermanfaat kepada pemohon apabila menyertai program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jaringan pengedaran dan pemasaran filem tempatan ke negara luar dan meluaskan lagi jaringan usaha sama melalui inisiatif kerajaan dan kerajaan (G2G).

Tarikh Perjanjian

29 November 2019

Tarikh Pelaksanaan

Julai 2021

Pelaburan Dana dan Sumbangan Kreatif

Minimum : 20%
Maksimum : 80%

Jenis Perjanjian

Perjanjian Usaha Sama ,Muat Turun dokumen perjanjian ☞ DI SINI

Syarat Menyertai Program Perjanjian Usaha Sama

  • Syarikat Sdn. Bhd
  • Mempunyai lesen pengeluaran filem yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
  • Mempunyai Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum sesuatu penggambaran di mulakan

Perjanjian Usaha Sama Malaysia - Australia

POSTER_MALAY_Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem antara Malaysia dengan Australia_V5 (4)

Lihat Soalan Lazim

Soalan Lazim